Proton GAGA by Theophilus Chin

hasil seni photoshop dari Theophilus Chin menghasilkan proton GAGA (suv)

cantik lagi menarik ….


Advertisements
By protoncar Posted in PROTON

TREND DUNIA AUTOMOTIVE ZAMAN SEKARANG

Topik ini begitu unik kerana semua akan mengaku diri masing-masing pakar terutama bab mengkritik kereta nasional tetapi sanggup berbelanja besar membeli kereta asing walaupun berstatus ‘kereta terpakai’ atau second-hand.

Hari ini kita tidak berbicara mengenai spesifikasi kereta atau pengendaliannya kerana ruangan khusus pemotoran akhbar ini ialah dalam sisipan Wow terbitan setiap Sabtu. Sebaliknya, hari ini kita akan mengembangkan sedikit pengetahuan mengenai industri auto global yang boleh anda bahaskan bersama teman-teman bermula dengan dua soalan dibawah:

1) Apakah jenama kereta yang diketahui berasal dari negara A tetapi kini dikuasai negara B?

2) Negara apakah yang pernah dikenali sebagai satu daripada kuasa dunia automotif tetapi kini bukan lagi?

Jawapannya tidaklah susah sangat kalau rajin mengikuti berita seumpamanya. Namun jika anda rasa boleh menemui jawapannya dengan memandang ke arah kereta-kereta yang lalu-lalang depan anda sekarang, pencarian itu mungkin baru mencapai 10 peratus.

Berikut adalah senarai kasar: jenama Amerika Syarikat iaitu keluaran General Motors, Hummer yang dijual kepada Sichuan Tengzhong Heavy Industrial Machinery Company dari China. GM juga sedang dalam proses menjual Saab Automobiles. Jenama Saab yang berasal dari Sweden itu kini sedang dibina oleh entiti dari Belanda dan China.

General Motors (atau diberi jolokan Government Motors kerana menerima dana bail-out Presiden Barack Obama) menamatkan riwayat kereta Pontiac dan Saturn pada tahun lalu setelah tidak dapat menanggung kerugian besar.

Satu lagi syarikat yang pernah menjadi gergasi automotif Amerika, Ford Motors mengumumkan persetujuan untuk menjual jenama Volvo kepada kumpulan syarikat Geely Automotive dari China. Kedua-dua pihak berharap untuk memuktamadkan urus niaga menjelang akhir Mac ini.

Jelas di sini, syarikat automotif China telah menampakkan potensinya untuk muncul sebagai kuasa automotif dunia menerusi pengambilalihan jenama-jenama besar tersebut. Ia mula dikesan apabila Shanghai Automotive Industry Corporation (SAIC) mengambil alih jenama MG dari United Kingdom setelah ikon kereta sports itu jatuh muflis pada 2005.

SAIC juga kini pemegang saham terbesar iaitu 51 peratus dalam kereta SsangYong Motor Company yang cukup dikenali di Malaysia dengan model kenderaan utiliti sports, Rexton.

Namun, kemunculan China itu tidak bersifat eksklusif. Ini kerana satu lagi negara ekonomi yang pesat tumbuh ialah India. Dengan ketelitian dan ketekunan, Tata Motors Ltd. membeli satu persatu jenama Daimler, Jaguar dan Land Rover, kesemuanya berasal dari UK yang dikuasai oleh Ford Motors.

Trend dalam industri automotif global ini ketara menunjukkan jika sebelum ini, proses pengambil alihan sesuatu jenama berlangsung dari satu syarikat yang terpaksa menjual kepada syarikat sedia ada besar dan terkenal. Alasan yang diberikan ialah dengan menjual kepada entiti besar, maka warisan sejarah, kekuatan jenama dan keyakinan pelanggan akan kekal utuh.

Maka pada 1990-an hingga abad yang baru lalu, dunia menyaksikan penjualan jenama Seat (sebut Sey-yat) yang berasal dari Sepanyol kepada konglomerat automotif Jerman, Kumpulan Volkswagen pada 1990. Jenama MINI dan Rolls-Royce dari UK pula dijual kepada BMW. Daimler dan Chrysler pernah bercantum tetapi bercerai semula setelah jenama Jerman sukar meraih sinergi daripada penggabungan tersebut.

Konglomerat automotif Itali, Fiat memiliki 85 peratus kepentingan dalam Ferrari dan 20 peratus dalam Chrysler yang mungkin ditambah menjadi 35 peratus bergatung kepada rundingan masa depan. Fiat turut menguasai Alfa Romeo dan Maserati.

Ford Motor Company yang banyak menjual jenama kereta di bawah sayapnya, masih mengekalkan pegangan saham sebanyak 13.4 peratus dalam Mazda. Atas faktor ini bila dilihat pada trak pikap Ford dengan Mazda ia begitu mirip antara satu sama lain.

Kumpulan syarikat automotif Korea, Hyundai Kia Automotive menguasai 38.67 peratus ekuiti dalam Kia motors, menyusut dari 51 peratus yang dimilikinya pada 1998.

Porsche Automobil Holding SE pula memegang 50.74 peratus kepentingan dalam Kumpulan Volkswagen. Disebabkan kerumitan kecairan, Volkswagen kini dalam proses mengambil alih sepenuhnya Porsche yang dijangka disempurnakan pada 2011.

Renault-Nissan Motors merupakan dua syarikat global yang memiliki model perniagaan yang bukan sahaja unik tetapi terbukti berjaya. Renault mempunyai 44.3 peratus saham Nissan manakala Nissan ada 15 peratus dalam Renault.

Jenama kereta terlaris global pula, Toyota menguasai 51 peratus kepentingan dalam Daihatsu. Di Malaysia, ia ditukar label menjadi Perodua yang baru saja menyaksikan lantikan baru Pengarah Urusannya yang datang dari UMW Toyota Motors.

Dan ini fakta yang pasti merancakkan rangsangan minda anda hari ini: Malaysia turut tercatat dalam senarai kuasa automotif menerusi pemilikan jenama Lotus yang berasal dari UK. Syarikat kereta nasional, Proton mengambil alih Lotus pada 1994 berikutan pemilik asalnya Buggati jatuh bankrap. Kenapa kereta Lotus tidak dijual di Malaysia sebagai Proton? Mungkin tidak sesuai kerana Lotus secara khususnya adalah pengeluar kereta lumba dan sports premium.

Pada 2004, Proton mengumumkan perjanjian dengan Volkswagen AG untuk melaksanakan pakatan strategik. Tahun-tahun berikutnya menyaksikan industri automotif negara merasai gegak-gempita daripada kedua-dua pihak. Nampaknya pakatan strategik yang diharapkan gagal dicapai dan diumumkan tamat rundingan pada 2007, terutama apabila membabitkan persoalan melupuskan jenama Proton yang merupakan titik tolak permulaan era perindustrian di Malaysia pada era Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, berdasarkan trend global sekarang seperti yang dibentangkan di atas, satu-satunya cara untuk kekal relevan dan untung ialah menjalin ikatan dengan entiti automotif global. Dalam dunia tanpa sempadan, persoalan asal-asul sesebuah jenama kereta akan hanya dicemuh sebagai agenda emosi semata-mata. Mujurlah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi sentimen ini dan mahu Proton melakukan langkah yang sewajarnya demi memastikan kesinambungan hayat Proton.

By protoncar Posted in INFO

Membuat Jumping Start Pada Kereta

Bateri kereta 12V yang terdapat dalam but kereta pasti akan menjadi lemah kerana faktor usia, kerosakan alternator ataupun kecuaian manusia (seperti lupa memadam lampu). Oleh itu, adalah penting bagi setiap pemilik kereta mengetahui cara yang betul untuk membuat jumping start sekiranya kereta tidak dapat dihidupkan kerana masalah bateri.

Langkah 1
Periksa bateri kereta samada telah lemah ataupun mati. Sekiranya bateri anda masih menyalakan lampu pada kereta dan mampu menggerakkan enjin (walaupun dengan perlahan), ini menunjukkan bateri dalam keadaan lemah.

Sekiranya bateri anda langsung tidak dapat menggerakkan enjin, tidak dapat menyalakan lampu atau radio, ini menunjukkan bateri telah mati.

Langkah 2
Dapatkan bantuan rakan anda anda dengan meminjamkan keretanya untuk membuat jumping start. Pastikan keretanya mempunyai CC yang sama atau lebih besar dari kereta anda.

Bawa kereta rakan anda berhampiran dengan kereta anda.

Langkah 3
Dapatkan wayar jumper. Panjang wayar biasanya dalam 10 kaki dan mempunyai warna merah dan hitam dan setiap hujung wayar mempunyai klip . Wayar merah adalah untuk positif bateri manakala hitam adalah untuk negatif bateri.

Langkah 4

1. Kepitkan klip wayar merah ke terminal positif bateri kereta anda (bateri lemah/mati). Pastikan terminal bateri tersebut bersih.
2. Kepit klip wayar merah yang satu lagi ke terminal positif bateri kereta rakan anda (bateri yang berkeadaan baik)
3. Kepit klip wayar hitam ke terminal positif bateri kereta rakan anda  (bateri yang berkeadaan baik)
4. Kepit klip  hitam yang satu lagi ke mana2 bahagian besi pada enjin kereta anda. Sedikit percikan bunga api terhasil apabila anda menyambungkan wayar ini ke bahagian besi enjin. Anda tidak digalakkan menyambungkan wayar hitam ini ke terminal negative bateri kereta anda (bateri lemah/mati) kerana perbuatan ini akan menghasilkan lebih gas hidrogen dalam bateri tersebut dan meningkatkan risiko berlaku letupan.

By protoncar Posted in INFO

IKLAN PEMASARAN PROTON EXORA MANUAL BASE LINE

Proton Exora 1.6 Manual Base Line
Dohc CamPro CPS Engine
16 Valve
125hp/190kmh
*Paling sesuai untuk yg berkeluarga besar
*Paling berguna sekiranya anda seorang perniaga
HARGA RM 58998.00
DEPOSIT RM  5998.00
BULANAN RM 667.40
ATAU
ZERO DEPOSIT /FULL LOAN
BULANAN RM 745.00

*Pilihan di tangan anda*
Specs:
Power Window
Power Steering
Alarm/central locking/immobilizer
Radio CD mp3
15″ cover rims
Anti rust
Aircond blower front,rear
* stock cepat dapat
* trade in kereta lama ? boleh saje
* pinjaman bank cepat lulus
DOKUMEN PEKERJA SWASTA
1.mykad – depan belakang
2.lesen memandu -depan belakang
3.penyata gaji 3 bulan
4.penyata bank kemaskini
5.bil elektrik/air untuk bukti alamat
6.kwsp penyata terkini.
KAKITANGAN KERAJAAN
1. ic
2. lesen memandu
3. payslip 3 bulan
4. bil elektrik rumah
* full loan gov staff – bank rakyat/ambank*
* Senarai hitam gov staff boleh apply – ambank *
* loan sehingga 15 tahun*
* potongan melalui biro angkasa *
SKIM GRADUATE UNTUK BARU BERKERJA
*bank islam*
1. ic
2. lesen memandu
3. payslip 3 bulan
4. surat tawaran kerja/jawatan
5. SCROLL/TRANSCRIPT (degree/diploma)
Dokumen hantar melalui fax/ email/ pos laju/serahan terus
INFO TERKINI DAN KHIDMAT RUNDINGAN PERCUMA
Call EFFENDY sekarang !!
Mr . Effendy
012-6025678
FAX HERE 03-33749069
EMAIL alpacinozz111@gmail.com
kuala lumpur / selangor
(PENERAJUI PERTAMA ONLINE MARKETING BUSINESS)
Untuk tips cara pembelian kereta secara online  LAYARI :
Untuk melihat gambar dan spesifikasi sila layari
By protoncar Posted in IKLAN

EV Kereta Masa Depan Terdekat Proton

KOTA BAHARU, 27 Dis (Bernama) — Sedang syarikat-syarikat pengeluar kereta lain di dunia berlumba-lumba mengeluar kereta jenis hibrid, iaitu kenderaan yang bersifat enjin petrol dan elektrik.

Namun, berbeza dengan pengeluar kereta nasional Malaysia, Proton Holdings Berhad, matlamatnya ialah mengeluarkan kenderaan berenjin elektrik (EV) sepenuhnya.

 

Ini merupakan satu usaha mengeluarkan kenderaan mesra alam dan menggurangkan kebergantungan terhadap bahan api petrol yang tahap pengeluarannya semasa ini semakin berkurangan serta berharga tinggi.

Pengurus Besar Perancangan Korporatnya, Dr Badrulhisham Mohd Ghazali berkata rekaan kereta EV akan menjadi kenderaan yang pasti berdasarkan beberapa kajian yang telah dibuat oleh Proton.

“Jika kita lihat sekarang, China merupakan negara yang giat membangunkan teknologi EV ini. Antara sebabnya adalah faktor ekonomi dan politik,” katanya kepada Bernama pada Karnival Proton baru-baru ini di sini.

Beliau berkata, disebabkan bilangan penduduk China sekarang ini berjumlah lebih satu bilion, menjadikan negara itu memerlukan sumber tenaga yang lebih bersih dan murah.

Dr Badrulhisham berkata China kini sedang membangun dengan pesat berikutan peralihannya kepada ekonomi dasar pintu terbuka kepada dunia dan langkah itu menjadikan negara itu sebagai antara negara gergasi ekonomi dunia.

Atas faktor ekonomi yang baik, katanya maka pendapatan rakyat mereka juga meningkat, yang menjadikan kuasa membeli mereka turut meningkat.

“Sekaligus, kehendak rakyat untuk memiliki kereta juga meningkat. Ini akan menjadi beban kepada China yang tidak mempunyai sumber petroleum dan permintaan terhadap bahan api itu meningkat setiap masa,” katanya.

Justeru, katanya, keperluan kepada pengangkutan yang menggunakan sumber tenaga alternatif diperlukan dan yang paling efektif dan cepat ialah kenderaan enjin EV.

Beliau berkata, dari segi pembangunan teknologi kenderaan berenjin elektrik, China kini dilihat mendahului Eropah.

“Kalau dulu Eropah merupakan negara peneraju enjin berkuasa EV, sekarang China pesat membangunkan teknologi itu, malahan kini mereka lebih terkehadapan,” katanya.

Atas keperluan itu, Proton juga mengambil langkah yang sama, kerana penduduk rakyat dan keperluan pasaran kini menuju kepada penggunaan EV.

“Kita sedang membangunkan teknologi itu. Pada masa sekarang, sistemnya masih belum stabil.”

“Selain itu, kos untuk bateri juga masih lagi mahal,” katanya.

Namun, Dr Badrilhisham berkata harga untuk petroleum juga akan meningkat apabila sumbernya akan berkurangan.

Justeru, enjin EV adalah satu keperluan pada masa akan datang dan tempohnya tidaklah lama, katanya.

Malahan, beliau berkata teknologi hibrid kini merupakan transisi kepada kepenggunaan EV.

“Jika dilihat kita telah cuba menggunakan Proton MPV Exora untuk model hibrid dan enjin hibrid kita mendapat pengiktirafan dunia apabila memenangi kategori “Best Range Extender Electric Vehicle.”

Bagi cabaran dari Brighton ke London pada November lepas menggunakan Proton Exora di Britain,” katanya.

Katanya Proton menyasarkan untuk memasarkan Proton Exora secara meluas pada 2012.

Beliau berkata enjin hibrid masih mempunyai batasannya iaitu ianya sesuai untuk enjin berkapasiti sederhana, dan juga ianya menggunakan bateri Lithium Ion, yang menjadikan kosnya tinggi serta jangka hayat penggunaannya rendah berbanding petrol.

“Justeru jawapan untuk itu ialah kereta yang menggunakan sepenuhnya EV,” katanya.

– BERNAMA

 

By protoncar Posted in INFO

IKLAN PEMASARAN PROTON INSPIRA 2.0 AUTO PREMIUM

NEW PROTON INSPIRA 2.0 AUTO PREMIUM

INSPIRA 2.0 PREMIUM
2.0 CVT SOLID RM 91,549.00
2.0 CVT METALLIC RM 91,999.00

Specification :
-2.0 CVT MIvec 4 Cylinder DOCH 16V
-HP 103(kw)/6000
-Toeque 197(Nm)/4250
-Dual SRS Airbags
-4 Wheel ABS with EBD
-Immobilizer System
-Security Tinted Film
-Child Restraint System(ISOFIX)
-Anti-Trap Power Window
-Steering Wheel With Auto Cruise Control
-Paddle Shift Control at Column Switch
-Sport Mode
-Auto Light Sensor & Rain Sensor
-Welcome & Coming Home Light System
-Auto Off Light System
-Colour Variations –
Plum Red,Solid White,Genetic Silver & Tranquality Black.
-BOOKING RM 1000.00
-DOWNPAYMENT 10 %
-GOV STAFF CAN MAKE FULL LOAN (BANK RAKYAT/AMBANK)
-LOWERST INTEREST AND FLEXIBLE RATE (BLR)
-AFTER GRADUATE SCHEME -GRADHITZ (BANK ISLAM)
-WAITING PERIOD  1 – 4 MONTH -( it depend on demand)
DOCUMENT
– Mycard
– Driving License
– 3 Month Payslip
– EPF Statment (latest)
– 3 Month Bank Statment
– Utility Bill  (water/electric)
Document can fax / email / pos laju /or direct appointment
for more info Call/Email EFFENDY  now !!!!
PLEASE VISIT MY WEBSITE IN VIRTUAL SHOWROOM
ENCIK EFFENDY
H/P 012-6025678
Email: alpacinozz111@gmail.com
fax: 03-33749069
Untuk tips cara pembelian kereta secara online  LAYARI :
Untuk melihat gambar dan spesifikasi sila layari
By protoncar Posted in IKLAN

IKLAN PEMASARAN PROTON SATRIA NEO LITE AUTO

Satria Neo Lite AUTO CamPro engine 1600cc

BERHENTI seketika …anda berada di ZONE Kereta
idaman dan impian anda…
Citarasa Sporty lagi Anggun bergaya
SPECIFICATION…
CamPro 4-cylinder16-valve DOHC
110 horse power
Pecutan  0-100 km/h – 10.7 saat
Central Locking
Alarm with Immobilizer
Power steering
Power Window
steel Rims with 195/60 R15 tyres
CD player and mp3
Sistem Pemanduan Kawalan kemas ,cengkaman stabil .
Teknologi terulung LOTUS RACING DEVELOPMENT, UNITED KINGDOM
Chassis dan Struktur binaan memenuhi piawaian antarabangsa
Rekabentuk Aerodynamic -Satria Neo meluncur dengan laju
tanpa rintangan angin yang kuat semasa memecut …
-proses pinjaman bank cepat
-tidak perlu wang untuk booking
Harga rm 46900.00
Deposit serendah rm 210.00
bulanan rm 591.00 x 9 tahun
Dokumen
-mycard
-lesen memandu
-3 bulan slip gaji terkini
-penyata kwsp terkini untuk
-bil elektrik /air bukti alamat
Skim lepasan graduate full loan
GOV staff full loan
jika anda setuju? sepantas yang mungkin
Siapkan dokumen dan terus fax / email /pos atau jumpa terus
untuk Info dan Pertanyaan…jangan malu jangan segan call saja ..
untuk dapatkan butiran lanjut email Effendy sekarang juga
Sales Consultant Anda….
EFFENDY
hp 012-6025678
email :  alpacinozz111@gmail.com
fax 03-33749069
Selangor/ K.L
Untuk tips cara pembelian kereta secara online  LAYARI :
Untuk melihat gambar dan spesifikasi sila layari
By protoncar Posted in IKLAN

IKLAN PEMASARAN PROTON PERSONA ELEGANCE 1.6 AUTO M LINE

PROTON PERSONA ELEGANCE 1.6 AUTO M LINE
Pecah Kaca
Pecah Gelas
Dah Habis Baca
Kalau Nak Bertanya call/sms Effendy Pasti Balas
Harga: RM55,999.00
Bulanan : Rm 673.00 x 9 tahun
deposit serendah  rm 2630.00
SPECIFICATIONS
Powertrain:
Engine Campro IAFM, 4 Cylinder, DOHC 16V
Transmission : AUTO
Bore x Stroke 76.0 X 88.0 (mm)
Max. Power 82kW/6000rpm (110bhp)
Max. Torque 148Nm/4000rpm
Fuel Tank Capacity 50L
Accessories:
Solar Film, CD Player, Airbag driver, Sport rims, Alarm,
Central lock, Adjustable steering,Full bodykit all around
Dokumen  yang perlu disediakan:
KAKITANGAN KERAJAAN
1. ic
2. lesen memandu
3. payslip 3 bulan
4. bil elektrik rumah
* full loan gov staff – bank rakyat/ambank*
* Senarai hitam gov staff boleh apply – ambank *
* loan sehingga 15 tahun*
* potongan melalui biro angkasa *
PEKERJA SWASTA
1. ic
2. lesen memandu
3. payslip 3 bulan
4. penyata epf/bank income bulanan
5. Bil elektrik rumah
*deposit 10% atau  boleh serendah rm 2630 *
SKIM GRADUATE UNTUK BARU BERKERJA
*bank islam*
1. ic
2. lesen memandu
3. payslip 3 bulan
4. surat tawaran kerja/jawatan
5. SCROLL/TRANSCRIPT (degree/diploma)
*mengikut terma dan syarat bank*
Dokumen boleh fax / email / pos laju /atau jumpa terus effendy.
INFO TERKINI DAN KHIDMAT RUNDINGAN PERCUMA
Call EFFENDY sekarang !!
Mr . Effendy
012-6025678
FAX HERE 03-33749069
EMAIL alpacinozz111@gmail.com
kuala lumpur / selangor
(PENERAJUI PERTAMA ONLINE MARKETING BUSINESS)
Untuk tips cara pembelian kereta secara online  LAYARI :
Untuk melihat gambar dan spesifikasi sila layari
By protoncar Posted in IKLAN