Membuat Jumping Start Pada Kereta

Bateri kereta 12V yang terdapat dalam but kereta pasti akan menjadi lemah kerana faktor usia, kerosakan alternator ataupun kecuaian manusia (seperti lupa memadam lampu). Oleh itu, adalah penting bagi setiap pemilik kereta mengetahui cara yang betul untuk membuat jumping start sekiranya kereta tidak dapat dihidupkan kerana masalah bateri.

Langkah 1
Periksa bateri kereta samada telah lemah ataupun mati. Sekiranya bateri anda masih menyalakan lampu pada kereta dan mampu menggerakkan enjin (walaupun dengan perlahan), ini menunjukkan bateri dalam keadaan lemah.

Sekiranya bateri anda langsung tidak dapat menggerakkan enjin, tidak dapat menyalakan lampu atau radio, ini menunjukkan bateri telah mati.

Langkah 2
Dapatkan bantuan rakan anda anda dengan meminjamkan keretanya untuk membuat jumping start. Pastikan keretanya mempunyai CC yang sama atau lebih besar dari kereta anda.

Bawa kereta rakan anda berhampiran dengan kereta anda.

Langkah 3
Dapatkan wayar jumper. Panjang wayar biasanya dalam 10 kaki dan mempunyai warna merah dan hitam dan setiap hujung wayar mempunyai klip . Wayar merah adalah untuk positif bateri manakala hitam adalah untuk negatif bateri.

Langkah 4

1. Kepitkan klip wayar merah ke terminal positif bateri kereta anda (bateri lemah/mati). Pastikan terminal bateri tersebut bersih.
2. Kepit klip wayar merah yang satu lagi ke terminal positif bateri kereta rakan anda (bateri yang berkeadaan baik)
3. Kepit klip wayar hitam ke terminal positif bateri kereta rakan anda  (bateri yang berkeadaan baik)
4. Kepit klip  hitam yang satu lagi ke mana2 bahagian besi pada enjin kereta anda. Sedikit percikan bunga api terhasil apabila anda menyambungkan wayar ini ke bahagian besi enjin. Anda tidak digalakkan menyambungkan wayar hitam ini ke terminal negative bateri kereta anda (bateri lemah/mati) kerana perbuatan ini akan menghasilkan lebih gas hidrogen dalam bateri tersebut dan meningkatkan risiko berlaku letupan.

By protoncar Posted in INFO

Leave a comment