Model gantian Perdana guna platform Nissan Fuga





Penggunaan enjin 2.5 liter naik taraf versi eksekutif, premium PROTON

PROTON Holdings Bhd akan melancarkan model gantian Proton Perdana, sama ada pada Mac atau April ini yang akan menggunakan platform Nissan Fuga dengan kapasiti enjin 2.5 liter. Sumber industri berkata, bagaimanapun buat permulaan model yang akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu hanya dipasarkan khusus untuk kegunaan kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan.
“Sebagai permulaan, sebanyak 150 unit akan diimport dari Jepun dan ia dibawa masuk khusus untuk kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan, tetapi jika mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pasaran, PROTON akan menimbangkan untuk memasarkannya secara komersial,” katanya pada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Fuga adalah kereta mewah Nissan yang menggunakan platform Nissan FM. Ia mula diperkenalkan di Jepun pada Oktober 2004.

Nissan Skyline, kereta sport mewah Nissan yang menjadi ‘kegilaan’ generasi muda Jepun turut menggunakan platform Nissan FM.

Fuga bersaing dalam pasaran kereta mewah eksekutif seperti Toyota Crown, Honda Legend, Mercedes-Benz E-class, Audi A6, BMW 5 series dan Jaguar XF.
Ia adalah kereta pertama dunia yang memperkenalkan teknologi sistem kawalan pedal bijak yang membantu pemandunya mengawal jarak selamat dengan kenderaan lain ketika pemanduan sama ada di kawasan bandar serta di lebuh raya.

Sumber itu berkata, penggunaan enjin lebih berkuasa untuk model gantian Perdana itu bertujuan menaik taraf kereta versi eksekutif dan premium PROTON ke tahap baru dan berupaya bersaing dengan model seperti Toyota Camry, Honda Accord, Hyundai Sonata atau Kia Optima di pasaran tempatan.

Katanya, selain untuk bersaing dalam kelasnya, penggunaan enjin yang lebih berkuasa itu juga bertujuan membezakan penggunaan enjin Proton Perdana dengan Proton Inspira yang turut menggunakan enjin 2.0 liter.

Sumber itu berkata, penggunaan Nissan Fuga itu menandakan permulaan kerjasama antara PROTON dengan Nissan Motor Company Ltd, iaitu firma automotif yang berpangkalan di Nishi-ku, Yokohama, Jepun.

“Ia (kerjasama dengan Nissan) susulan pengambilalihan kepentingan dalam Renault F1 Team yang dibuat PROTON menerusi anak syarikatnya, Group Lotus plc daripada Nissan yang dimuktamadkan awal Disember lalu.

“Menerusi pengambilalihan itu, selain membuka laluan buat PROTON terbabit dalam perlumbaan Formula Satu, ia turut membantu mengetengahkan beberapa program kerjasama baru lain antara PROTON dan Nissan, dan model penggantian Perdana adalah permulaan kerjasama antara kedua-dua pengeluar kereta berkenaan,” katanya.

Katanya, permulaan itu juga dijangka menjurus kepada kerjasama lebih serius di mana Nissan akan menggunakan kemudahan pengeluaran Proton di Tanjong Malim untuk mengeluarkan beberapa versi model lain tidak lama lagi, sekali gus membantu Proton memaksimumkan kapasiti pengeluaran kilang berkenaan.

Proton Satria Neo S2000 Edition Supercharged Concept at Plaza Angsana JB

This Proton Satria Neo CPS done up in a yellow paint job ala Proton’s S2000 rally car is being showcased at Plaza Angsana JB, in conjunction with the 2012 Malaysian Rally. This yellow Satria Neo CPS wears a bodykit that might go on sale soon – a tentative price of RM4,xxx has been set and availability as well as the final product will depend on the feedback Proton R3 gets from the visitors at the showcase.

But what’s more interesting is what’s under the hood of this particular concept. A source told us that a limited 300 units production run of a supercharged Satria Neo CPS may go on sale early next year. The Campro CPS engine (not the Campro CFE turbo engine) is supercharged, and apparently peak torque is about 192Nm at 5,900rpm. The supercharger is supposed to have a clutch and will only engage at higher RPMs so it won’t rob power from the crank at low RPMs.

This is not the first time we’ve seen a supercharged Proton Satria Neo. We previously saw a black Satria Neo CPS done up in colors that mimic a Lotus Renault GP F1 car sometime in April 2011. It had a Sprintex supercharger under its hood and power output was stated to be 180 horsepower and 200Nm.

Earlier this year, we saw yet another supercharged Neo at the Proton Power of 1 event, and that car was called the Artiga Concept. Power figures for that car was quoted to be 180 horsepower, which is the same as the 2011 car, but quoted torque figures was higher at 240Nm.

The torque figure from the 2011 car is closer to the figure quoted for this new yellow concept, so I wouldn’t be surprised if this new supercharged Neo continues to be powered by a Sprintex supercharger based kit.

 

Anti -Carjacking 101

There have been many reports of road-related crimes in the news lately.

Check out this simple infographic from GMA News. It was created for the Philippines, but is definitely just as useful for all of us. So do stay sharp and vigilant whenever you are driving your car.

By protoncar Posted in PROTON

Video Pak Arab Yang Suka Drift

Video ni takde kena mengena ngan kereta proton pun …Hanya sebagai hiburan Melihat Pak Arab yang Kaya Raya dengan Gaya Aksi Drift di jalanraya

Untuk Anda Dont Try This At Home…ehh…di jalanraya Malaysia …Merbahaya kan nyawa dan Pengguna yang lain . Kalau Minat ?sertai lah di saluran yang betul !

 

Yang ni pula aksi yang tak jadi dan melibatkan kemalangan !

 

By protoncar Posted in PROTON

EFFENDY Guna WhatsApp sekarang ni !

Zaman Dah Canggih…semua guna application telefon yang canggih …So nak tak nak kena ikut aturan zaman !

Mulai saat ini jika sesiapa yg ada guna WhatsApp ni boleh lah kita sembang SMS untuk pertanyaan Pembelian Kenderaan

dan sebagainya .

Macam Biasa no handphone  Effendy  >>>>>>>>>>> 017-6680168

By protoncar Posted in INFO

Proton Inspira 2.0 CVT Executive

Proton Inspira 2.0 Executive baharu Proton Edar umum varian terbaharu Proton Inspira 2.0 CVT Executive

Bagi anda yang belum tahu berkenaan varian terbaharu Proton Inspira 2.0 CVT Executive, laman web Proton Edar baru sahaja mengemaskini maklumat tentang model tersebut. Varian terbaharu itu secara rasminya telah menggantikan varian sedia ada 1.8 CVT Executive yang telah dihentikan pengeluarannya, namun jualan varian semasa 1.8 MT Executive dan 2.0 CVT Premium diteruskan seperti biasa.

Sebenarnya sejak model Inspira 2.0 CVT Executive ini didedahkan sebelum ini pada awal Mei 2012, saya ternanti-nanti bila agaknya Proton akan melancarkan model ini secara rasmi. Nampaknya mungkin tiada majlis pelancaran yang diadakan, mungkin sekadar siaran akhbar yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Proton Inspira 2.0 CVT Executive ditawarkan pada harga di atas jalan termasuk insuran seperti di bawah :

  • Proton Inspira 2.0 CVT Executive (Metalik) : RM86,900.00
  • Proton Inspira 2.0 CVT Executive (Solid) : RM86,450.00

Proton Inspira 2.0 Premium 2012 LEBIH MENARIK !

Proton Inspira 2.0 Premium 2012 1 Proton Inspira 2.0 Premium terima peningkatan menarik

Baru-baru ini Proton Holdings Berhad telah memperkenalkan varian terbaharu Proton Inspira 2.0 Executive bagi menggantikan varian 1.8 CVT Executive. Susulan daripada pengenalan varian 2.0 Executive itu, varian 2.0 Premium turut menerima beberapa peningkatan menarik untuk tahun 2012.

Proton Inspira 2.0 Premium 3 Proton Inspira 2.0 Premium terima peningkatan menarik

Berdasarkan pemerhatian, Proton Inspira 2.0 Premium kini didatangkan dengan roda aloi dengan rekaan terbaru yang bagi saya lebih cantik berbanding yang sebelumnya. Turut ditambah ialah kamera undur di bahagian bampar belakang yang kini paparannya boleh dilihat pada unit skrin sesentuh yang menggantikan pemain CD biasa.

Proton Inspira 2.0 Premium 2012 2 Proton Inspira 2.0 Premium terima peningkatan menarik

Berkenaan kit badan, rasanya tiada perbezaan yang dilakukan, cuma warna baharu sedikit sebanyak memberikan pandangan visual lebih menarik dan memberi lebih pilihan kepada pelanggan. Di bawah berikut ialah senarai harga untuk Proton Inspira 2.0 Premium baharu;

  • Proton Inspira 2.0 (CVT) Premium (Solid) – RM92,450.00
  • Proton Inspira 2.0 (CVT) Premium (Metalik) – RM92,900.00