imgIntroduction

Don’t blame Proton for high car prices, says Dr M

KLANG: There is no truth in claims by certain quarters that car prices are expensive in Malaysia because of the existence of the national car Proton, says former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

“This is not true. The government has been imposing high tax for imported cars even from before so that the country does not lose out substantially in the outflow of the ringgit to foreign countries,” he said at the joint launching of the Proton’s Logistics Centres in Sijangkang and Tanjung Malim in Sijangkang here Tuesday.

Dr Mahathir, who is also Proton adviser, said Malaysians who bought Proton cars were doing a charity because when Proton becomes a success story and prospered, many Malaysians would get jobs and could support their families, some of whom have big families.

“We want to see Proton playing a role as a socio machinery, helping to provide for the well-being of all Malaysians,” said Dr Mahathir, who initiated the national car project when he was the prime minister.

Dr2M.jpg
Dr Mahathir and Syed Zainal.

Following Proton’s move to set up the logistics centres in Sijangkang and Tanjung Malim to improve the quality of Proton cars before delivering the cars to the customers, Dr Mahathir said he was confident that Proton might soon capture the domestic automotive market and become the No. 1 car seller in the country.

Through the logistics centres, assembled Proton cars at the main plant in Shah Alam will be sent to the centres in Sijangkang and Tanjung Malim for testing and post-delivery inspection to ensure their quality conformed to standards before delivering the cars to the dealers and for export.

Dr Mahathir said usually Proton sales clinched 80% but with the existence of Perodua, South Korean imports and  brands from other countries, Proton sales had taken a beating.

He said car sales in Malaysia had shot up to 570,000 units in one year, the highest in South-East Asia.

Other countries might be selling more but their population was 10 times more than Malaysia’s, he added.

Dr Mahathir said Proton must focus on quality to uphold its image.

He urged the people not to make sweeping negative statements about Proton quality, saying that the few Proton owners who complained or make farfetched claims did not represent the majority who were satisfied with their cars.

Meanwhile, Proton managing director Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir emphasised the cost savings from having a logistics centre.

It reduces delivery costs to customers and help improve car build quality, he said.

He said the two logistics centre in Tanjung Malim and Sijangkang here required an investment of RM28mil to RM30mil.

“The real savings is the delivery cost to customers, the intangible savings are quality as our warranty cost has gone down by 78%,” he said.

Syed Zainal Abidin said dealers also gained from the cost savings as they do not need to have space or a building to store delivered cars and they could reinvest in their business with better margin.

The 20-hectare Sijangkang centre, which started operations in April last year, could house 7,000 cars at one time while the 18-hectare one in Tanjung Malim, which opened in June, could accommodate 6,000 cars.

-Bernama

16 Dec 2010 - 28 Feb 2011 New 2011 PROTON SAGA FL At Whole Malaysia - Everyday Klang Valley_1292858119928

IKLAN PEMASARAN PROTON SAGA FL VERSI STANDARD IAFM DOHC

UNSANGKARABEL…TIDAK DISANGKA MAKSUDNYER….ANDA TELAH JUMPA IKLAN EFFENDY. JOM KITA TENGOK MACAM -MACAM INFO ADA
NEW PROTON SAGA FL 1300cc MANUAL STANDARD VERSION
AGENDA UTAMA ADALAH PENGGUNAAN SAGA FL SANGAT PRAKTIKAL / REKABENTUK YANG MENARIK / KELUASAN INTERIOR DAN RUANG BAGASI /CIRI KESELAMATAN DIUTAMAKAN /PENJIMATAN KOS BAIK PULIH DAN PENJIMATAN PETROL. DAN YANG PALING UTAMA HARGA YANG SANGAT BERPATUTAN DAN MAMPU MILIK SETIAP INSAN .
PRESTASI PROTON SAGA FL
-Max. Speed 160 km/h
-Kuasa pecutan 0 -100 km 13 saat
-16 valve dan Double Overhead Cam
-ALARM SYSTEM
-POWER WINDOW DEPAN/BELAKANG
-POWER STEERING
-RADIO CD MP3
-TINTED GLASS
-IMMOBILLIZER
-REVERSE SENSOR
-SIDE MIRROR WITH LED TURN SIGNAL
TIADA WANG BOOKING
CEPAT LULUS
CEPAT DAPAT KERETA
HARGA RM 37998.00
MINIMUM DEPOSIT RM 1476.00
BULANAN RM 453.00  x 9 tahun
Warna Pilihan
-silver – black – grey – white – Cafe Latte – Blue Rock
BILA HATI DAH BERKENAN ..
NIAT SUDAH ADA..
DIRI SUDAH BERKEMAMPUAN ..
MAKA SEDIAKAN DOKUMEN
-MYCARD /IC
-LESEN MEMANDU
-BULAN SLIP GAJI TERKINI
-KWSP PENYATA TERKINI/BANK STATMENT TERKINI
-BIL ELEKTRIK/AIR TEMPAT TINGGAL
hantarkan dokumen pada EFFENDY segera melalui …
FAX / EMAIL /POS LAJU/atau Jumpa terus
INGIN BERTANYA ?
Call /SMS/EMAIL EFFENDY
SAHABAT DUNIA PERMOTORAN ANDA
EFFENDY
012-6025678
FAX : 03-33749069
EMAIL : alpacinozz111@gmail.com
Selangor dan Kuala Lumpur Area
imyb

Proton Car pricelist 2011

Proton Price List 2011
Model Price ( RM )
Proton Savvy 1.2 B-Line (M) Metalic 33,999.00
Proton Savvy 1.2 B-Line (M) Solid 33,549.00
Proton Savvy 1.2 B-Line (A) Metalic 36,999.00
Proton Savvy 1.2 B-Line (A) Solid 36,549.00
Proton Savvy 1.2 M-Line (A) Metalic 43,182.00
Proton Savvy 1.2 M-Line (A) Solid 42,315.00
Proton Savvy 1.2 M-Line (M) Metalic 40,240.00
Proton Savvy 1.2 M-Line (M) Solid 39,639.00
Proton Savvy 1.2 H-Line (A) Metalic 45,841.00
Proton Savvy 1.2 H-Line (A) Solid 44,949.00
Proton Savvy 1.2 H-Line (M) Metalic 43,276.00
Proton Savvy 1.2 H-Line (M) Solid 42,383.00
Proton Gen.2 1.6 H-Line (A) Metalic 60,488.00
Proton Gen.2 1.6 H-Line (A) Solid 60,038.00
Proton Gen.2 1.6 H-Line (M) Metalic 57,488.00
Proton Gen.2 1.6 H-Line (M) Solid 57,038.00
Proton Gen.2 1.6 M-Line (A) Metalic 57,488.00
Proton Gen.2 1.6 M-Line (A) Solid 57,038.00
Proton Gen.2 1.6 M-Line (M) Metalic 54,988.00
Proton Gen.2 1.6 M-Line (M) Solid 54,538.00
Proton Waja 1.6 H-Line (A) Metalic 64,888.00
Proton Waja 1.6 H-Line (A) Solid 64,438.00
Proton Waja 1.6 H-Line (M) Metalic 61,888.00
Proton Waja 1.6 H-Line (M) Solid 61,438.00
Proton Waja 1.6 M-Line (M) Metalic 56,888.00
Proton Waja 1.6 M-Line (A) Metalic 59,888.00
Proton Exora CPS 1.6 H-Line (A) Metalic 76,998.00
Proton Exora CPS 1.6 H-Line (A) Solid 76,548.00
Proton Exora CPS 1.6 M-Line (A) Metalic 70,998.00
Proton Exora CPS 1.6 M-Line (A) Solid 70,998.00
Proton Exora CPS 1.6 M-Line (M) Metalic 65,998.00
Proton Exora CPS 1.6 M-Line (M) Solid 65,548.00
Proton Exora CPS 1.6 B-Line (M) Metalic 58,998.00
Proton Exora CPS 1.6 B-Line (M) Solid 58,548.00
Proton Satria Neo CPS 1.6 H-Line (M) Metalic 57,763.00
Proton Satria Neo CPS 1.6 H-Line (M) Solid 57,313.00
Proton Satria Neo CPS 1.6 H-Line (A) Metalic 60,763.00
Proton Satria Neo CPS 1.6 H-Line (A) Solid 60,313.00
Proton Persona Elegance 1.6 B-Line (M) 46,499.00
Proton Persona Elegance 1.6 B-Line (A) 49,999.00
Proton Persona Elegance 1.6 M-Line (M) 52,999.00
Proton Persona Elegance 1.6 M-Line (A) 55,999.00
Proton Persona Elegance 1.6 H-Line (A) 59,499.00
Proton Saga 1.3 N-Line (M) Solid 32,000.00
Proton Saga 1.3 B-Line (A) Solid 39,548.00
Proton Saga 1.3 B-Line (A) Metalic 39,998.00
Proton Saga 1.3 B-Line (M) Solid 36,548.00
Proton Saga 1.3 B-Line (M) Metalic 36,998.00
Proton Saga 1.3 M-Line (A) Solid 41,548.00
Proton Saga 1.3 M-Line (A) Metalic 41,998.00
Proton Saga 1.3 M-Line (M) Solid 39,048.00
Proton Saga 1.3 M-Line (M) Metalic 41,498.00
Proton Saga SE (A) Solid 44,548.00
Proton Saga SE (A) Metalic 44,998.00
Proton Saga SE (M) Solid 42,048.00
Proton Saga SE (M) Metalic 42,498.00
Proton Saga FL 1.3 B-Line (M) 37,998.00
Proton Saga FL 1.3 B-Line (A) 40,998.00
Proton Saga FL 1.3 Executive (M) 40,698.00
Proton Saga FL 1.3 Executive (A) 43,298.00
Proton Inspira 1.8 Executive (M) Metalic 79,888.00
Proton Inspira 1.8 Executive (M) Solid 78,549.00
Proton Inspira 1.8 Executive (CVT) Metalic 84,999.00
Proton Inspira 1.8 Executive (CVT) Solid 84,549.00
Proton Inspira 2.0 Premium (CVT) Metalic 91,999.00
Proton Inspira 2.0 Premium (CVT) Solid 91,549.00
Car

Panduan Membeli Kereta Baru

Pada kebiasaanya ramai orang akan memikirkan cara-cara terbaik untuk membeli kereta terpakai. Namun begitu jarang yang memikirkan untuk membeli kereta baru yang terbaik untuk dirinya sesuai dengan pendapatan dan keselesaan. Membeli sebuah kereta baru pada masa kini amat mudah dengan adanya skim bayaran muka RM “0″ yang ditawarkan dipasaran. Disebabkan mudahnya membeli kereta maka ramailah antara kita cuma memikirkan hanya untuk membayar bulanan kereta tersebut tanpa menyedari banyak kos terselindung setelah menggunakan kenderaan. Kos terselindung yang dimaksudkan adalah seperti, kos petrol, kos penyelenggaraan, kos memperbaharui cukai jalan dan insurans dan kos kemalangan (minta dijauhkan).
 Kereta berjenama Honda, Toyota, BMW, dan Mercedes menjadi idaman setiap individu. Oleh itu, ramai dikalangan kita sanggup melabur besar untuk membeli kereta jenama tersebut. Bagi “orang muda” membeli sebuah Honda City atau Toyota Vios menunjukkan status kehebatan, Bagi “orang berpengalaman” pula pasti ingin memandu sebuah Mercedes E240 atau BMW 5 Series bagi menunjukkan gah kepada masyarakat. Jika anda sudah mampu dan stabil kedudukan kewangan adalah tidak menjadi masalah. Namun begitu, bagi mereka yang hanya “sikit-sikit mampu” akan menjadi masalah. Kenapa? Jika anda bergaji RM2700 (bersih) sudah tentu bank akan meluluskan pinjaman anda untuk membeli sebuah Honda City dengan bayaran bulanan dalam lingkungan RM900. Pernahkan anda berfikir tentang kos kehidupan masa kini? Bergaji RM 2700 dengan komitment untuk membayar kereta RM900, Sewa bilik RM300 (bujang), bil telefon RM100, bil-bil lain RM200, Petrol sebulan RM400, penyelenggaraan kereta RM200 (purata), makan-minum RM 500 dan keperlua-keperluan lain.  Adakah anda pernah berfikir mengenai perkara ini? Bajet atas kertas sememangnya  cukup mudah kerana anda cuma perlu sediakan pen, kertas dan kalkulator namun realitinya banyak kos-kos lain yang perlu difikirkan. Ramai kalangan pemilik kereta disenarai hitam selepas tidak mampu membayar bulanan sekaligus kereta akan ditarik oleh bank.
Setelah kenderaan ditarik dan anda disenarai hitam, barulah sedar bahawa anda sebenarnya tidak mampu untuk memiliki sebuah Honda City. Pada ketika itulah, ramai yang akan kalut dan kusut memikirkan cara untuk membeli kereta lain. Sudah tentu, jika anda tidak lagi layak untuk membeli kereta, waima untuk membeli sebuah Viva 660BX.  Di sini, penulis bukanlah berniat untuk menghalang untuk anda membeli kereta yang hebat, namun memberi penerangan mengenai akibat dan panduan pembelian kereta baru.
Perkara-perkara yang boleh dijadikan panduan untuk membeli kereta baru ialah seperti berikut:
  1. Belilah sebuah kereta mengikut kemampuan bukan untuk bermegah dengan kereta tersebut (kalau sudah betul-betul mampu tidak menjadi masalah)
  2. Beli kereta mengikut keperluan anda. Contohnya, jika anda belum berkahwin anda hanya perlu membeli sebuah kereta sedan atau kompak bukannya MPV.
  3. Buat kajian mengenai kos penyelenggaran kenderaan tersebut, sama ada ia murah atau sebaliknya.
  4. Perlu tahu mengenai kos untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta tersebut.
  5. Bertanya kepada ibu bapa mengenai pandangan mereka sebelum membeli kereta.
  6. Carilah sebuah kereta yang jimat penggunaan petrol.

 10 Senarai kereta dengan kos penyelenggaraan murah dan senang di Malaysia:

  1. Perodua Viva (kereta kompak)
  2. Perodua Myvi (kereta kompak)
  3. Perodua Alza (mpv kompak)
  4. Proton Saga baru (sedan kompak)
  5. Proton Persona (sedan)
  6. Proton Exora (MPV)
  7. Honda City (sedan kompak- Jepun)
  8. Toyota Vios (sedan kompak – Jepun)
  9. Nissan Sentra (sedan – Jepun)
  10. Nissan Grand Livina (mpv kompak – Jepun)
By protoncar Posted in INFO
RON95-97[4]

RON95 VS RON97

Bermula 1 September 2009, klasifikasi penjualan minyak petrol negara ini akan diselaraskan dengan dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON 95 dan RON 97. Sebagai pengetahuan, kedua-dua jenis bahanapi ini ialah dari sumber yang sama, Cuma melalui proses berbeza yang mana kedua-duanya tetap kekal sebagai petrol tanpa plumbum. Jadi. dua, bulan lagi, RON95 akan menggantikan RON92, harganya ialah RM1.75 manakala RON97 menjadi petrol premium pada harga RM2.00.

Apakah kesannya pada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu anda ketahui tentang asas RON itu sendiri. Di seluruh dunia, pencemaran bahanapi fosil telah meningkatkan kesedaran banyak pihak, justeru kualiti bahanbakar ditingkatkan, dan jurutera pula bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin pembakaran moden yang mampu beroperasi dengan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga perlu sangat minimum.

Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut?. Langkah paling mudah ialah melihat pada penutup petrol. Dan jika ia tiada disitu, boleh rujuk di buku panduan kenderaan. Pun begitu, tidak semua kereta ditulis dalam bentuk angka, sesetengahnya ditulis dengan istilah ‘leaded’ dan ‘unleaded’. Jangan khuatir, majoriti etrol yang dijual di malaysia (termasuk RON92) merupakan petrol jenis tanpa plumbum (unleaded)

Adakah RON97 lebih baik dari RON95?. Secara teorinya, benar, namun secara paraktiknya tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON 97 di stesen B. Perlu diingatkan, setiap petrol di yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat ini mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing. Adakah petrol RON95 berkualiti rendah?

RON adalah berkaitan campuran dua asas campuran Oktana dan Pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahanbakar petrol. RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah Oktana dan selebihnya Pentana. Begitu juga dengan RON97, 3 peratus Pentana dan selebihnya Oktana. Gandingan ini pula memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Namun sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai dengan menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking) atau juga disebut pinging.
Enjin selinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar dengan sejumlah 95 peratus Oktana. Ingat. Sifat Oktana ialah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai untuk menggunakan petrol RON95. Sebaliknya, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus Oktana, maka penggunaan RON95 adalah tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan sifat mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi tidak pada pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan disinilah masalah ketukan (knocking) berlaku. Petrol yang baik adalah bergantung pada jenis pengeluar petrol itu sendiri.

Seperti yang diterangkan diawal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama. Ia direka dengan kejuruteraan tinggi untuk menjadikan setiap klasifikasi bahanbakar tersebut adalah yang terbaik. RON pula adalah klasifikasi piawai yang wajib mereka selaraskan. Sama seperti penetapan kelikatan yang ditetapkan dalam industri minyak pelincir. Dakyah yang mengatakan lebih tinggi RON adalah lebih baik merupakan pendapat yang tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan enjin.

Setiap pengeluar mempunyai resepinya yang tersendiri untuk menjadikan petrol mereka membakar dan membersih dengan efisyen. Setiap pengeluar memiliki pusat penyelidikan untuk membuat rumusan petrol dengan jisim seperti bersifat ‘mencuci’, mengekalkan tahap pembakaran, ketahanan dengan suhu dan pelbagai aspek untuk memastikan petrol mereka konsisten mengikut spesifikasi enjin yang direka untuknya.

Ada pengeluar yang benar-benar serius dengan mengekalkan tahap sulfur (jenis pencemaran ni) jauh lebih rendah daripada yang disarankan, malah ada sesetengah pengeluar petrol juga menghasilkan peratusan RON lebih tinggi dari RON97 tetapi masih diklasifikasi sebagai RON97. Ada juga pengeluar yang menjual RON97 dengan kandungan Pentana lebih 5 peratus.

Kesimpulannya, RON adalah berdasarkan kesesuaian enjin, bukan kualiti semata-mata. Tidak guna membandingkan RON100 Jepun atau RON98 di Britain. Mereka mempunyai enjin yang dicipta untuk kaedah pembakaran begitu. Kenapa perlu telan 2 bijik panadol kalau sebiji dah mencukupi untuk menyembuhkan demam panas? Kenapa perlu berbelanja lebih? sedekah kat anak yatim pun dapat pahala.

By protoncar Posted in INFO
proton-saga

Sejarah Penubuhan PROTON

PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.
Pemegang saham terdiri daripada:

  • Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)
  • Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
  • Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)

Kilang PROTON terletak di:

  • Kawasan Perindustrian HICOM, Batu Tiga, 40000 Shah Alam, Selangor.
  • Tanjung Malim, Perak

SEJARAH PROTON

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berasaskan idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981. Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.



PERTELINGKAHAN DALAM PROTON 


Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff telah ditamatkan kontraknya pada 25 Julai 2005, tidak lama selepas beliau menimbulkan isu AP yang dikeluarkan sehingga menjejaskan pasaran kereta tempatan. Di bawah pengurusan Tengku Mahaleel selama tujuh tahun, Proton telah mampu menambah kapasiti pengeluaran, mengeluar kereta sendiri dan mengumpul keuntungan tunai berjumlah lebih RM4 bilion. Sebanyak RM1.7 bilion daripada jumlah tersebut digunakan untuk membina kilang Proton di Tanjong Malim.
Dalam tempoh empat bulan sahaja selepas penamatan kontrak Tengku Mahaleel, kedengaran ura-ura penutupan Proton. Ini adalah sesuatu yang memeranjatkan kerana aset Proton termasuk harta tanah di Batu 3, Shah Alam bernilai berbilion, tidak termasuk aliran tunai RM4 bilion pastinya lebih daripada mencukupi bagi menampung kos operasi.
Pada 2006, Proton Holding telah mengumumkan subsidarinya Proton Capital Sdn Bhd telah menandatangani penjualan saham 57.75% dalam MV Agusta yang telah dibeli pada 2004 dengan harga € 1 (RM4.50). Pembelian MV Agusta dilakukan dengan mengetahui bahawa ia mempunyai hutang sebanyak € 230 juta yang ditangguh selama 3 tahun. Penjualan itu menimbulkan reaksi balas daripada Tun Dr Mahathir Mohammad dan bekas pengarah urusan Proton, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff yang mempersoalkan samada ia dijual secara terbuka yang memungkinkan harga yang lebih mahal didapati.
Selain itu Proton turut dilapurkan mengalami kerugian akibat menjual kereta pada harga potongan yang dianggarkan sekitar RM108 juta. (Berdasarkan 54,000 buah kereta selama 3 bulan X potongan RM2,000 sebuah), yang disifatkan oleh Tengku Mahaleel sebagai kesilapan strategi Proton.

PRODUK

Senarai kenderaan/kereta keluaran PROTON adalah seperti berikut:

  • Proton Arena: Sebuah trak utiliti mini yang juga dipanggil sebagai Proton Jumbuck di UK dan Australia).
  • Proton Gen-2: Satu-satunya kereta buatan Malaysia sepenuhnya (termasuk chasis dan enjin) dan merupakan model gantian untuk Proton Wira; dilancarkan pada 8 Februari 2004.
  • Proton Iswara: Merupakan perubahan rupa bagi Proton Saga; dilancarkan pada 1992.
  • Proton Juara: Sebuah MPV yang ringkas dan kecil berasaskan Mitsubishi Town Box.
  • Proton Persona: Dilancarkan pada 15 Ogos 2007. Kereta sedan 1.6 liter ini berasaskan kepada model terdahulu, Proton Gen-2 dengan menampilkan bentuk sedan berbanding Gen-2 dengan bentuk hatchback. Ia juga mengekalkan enjin 82kW Campro.
  • Proton Perdana: Berasaskan Mitsubishi Eterna, dikeluarkan untuk pasaran kereta mewah pada 1994.
    • Proton Perdana V6: Versi V6 untuk Proton Perdana dengan pengubahsuaian kit.
  • Proton PERT: Mempunyai ciri yang sama seperti Mitsubishi Lancer Evolution III. Model ini hanya digunakan pada Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC).
  • Proton Putra: Sport Coupe 2 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage/Asti.
  • Proton Saga: Merupakan model pertama, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke 100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Model generasi kedua Proton Saga dikeluarkan pada Januari 2008 dengan reka bentuk serba baru rekaan Proton sendiri serta menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L.
  • Proton Satria: Hatchback 3 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage/Colt.
    • Proton Satria GTI: Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Enjin berkuasa 4 silinder 1.8 liter DOHC.
    • Proton Satria R3: Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin ubahan.
    • Proton Satria Neo: Merupakan versi terbaru keluaran Proton. Ia dilancarkan pada 16 Jun 2006 dan didatangkan dalam 1.6L dan 1.3L dengan enjin Campro. Ia dijangka mengambil kembali pasaran jualan kereta Proton sebanyak 40%.
  • Proton Savvy: Dilancarkan pada 8 Jun 2005. Merupakan kereta kompak 5 pintu dengan 1,200 cc, model gantian untuk Proton Tiara. Tetapan standard kereta ini menerima enjin dan kotak gear semi-otomatik dari Renault.
  • Proton Tiara: Merupakan kereta kompak berasaskan Citroën AX, direka dibawah lesen Proton dari 1996 hingga 2000.
  • Proton Waja: Juga dipanggil Proton Impian di Eropah, ia merupakan kereta Proton yang pertama direka sendiri. Tetapi, chasis kereta diambil dan direka berpandukan chasis dari Mitsubishi dan Volvo S40 generasi pertama (melainkan varian 1,800 cc, dimana dibangunkan dengan menggunakan enjin Renault). Asalnya model Proton Waja 1.6 menggunakan enjin 4G18 yang turut digunakan oleh Mitsubishi Lancer model tahun 2000 tetapi kemudian ia mula menggunakan enjin Campro pada tahun 2006. Pada tahun 2008, enjin Campro pada Proton Waja turut dilengkapi teknologi pemasaan injap boleh laras Campro CPS.
  • Proton Wira: Juga dikenali sebagai Proton Persona di beberapa pasaran luar negara, ia telah diperkenalkan pada 1993 berasaskan Mitsubishi Lancer/Colt. Telah terjual sebanyak 220,000 unit diantara 1996 dan 1998. Versi ini amat popular di Malaysia.
  • Proton Exora: MPV pertama Proton ini dilancarkan pada 15 April 2009. Ia menggunakan enjin Campro CPS 1.6L yang menghasilkan 125 kuasa kuda dan 150Nm of tork, memberikan kelajuan maksimum 65 km/j dan penggunaan bahan api 7.2 L/100 km. Exora dianugerahkan 4 bintang dalam penarafan EuroNCAP selepas 32 buah Exora dihantar menjalani ujian perlanggaran di pusat ujian perlanggaran Applus+ IDIADA di Sepanyol. Selain itu, Exora turut dianugerahkan penarafan 4 bintang oleh program penilaian MyVAP. Salah satu daripada ciri utama yang membolehkan penarafan tersebut dicapai ialah melalui penggunaan keluli tegangan bagi kerangka badan, memberikan kestabilan yang lebih baik serta penyerapan kesan perlanggaran yang lebih baik semasa kemalangan. Bar impak tepi juga dipasang bagi mengukuhkan kerangka pintu serta bagi menyerap kesan perlanggaran dari arah tepi.

Sumber asal: ms wikpedia 

Proton-Persona-Eleganceok

Proton Persona Elegance – berbaloi untuk dimiliki

Saya merupakan seorang peminat kereta Proton sejak model Saga dikeluarkan kira-kira 25 tahun dulu. Proton telah meninggalkan nostalgia kepada saya dan boleh dikatakan saya membesar dengan mengenali kereta Proton berbanding kereta buatan syarikat lain. Apa saja maklumat berkenaan Proton akan saya ikuti dan setiap kali pelancaran model terbaru pasti akan membuatkan saya teruja. Walau bagaimanapun saya akui yang saya bukan die hard fan kebanyakan kereta keluaran Proton. Ada model yang saya minati dan ada model yang langsung saya tidak gemari. Sejak pengenalan model Proton Tiara lebih 10 tahun dulu, saya mula menjadi pengkritik Proton, tetapi tidaklah sampai tahap yang ekstrem seperti sesetengah pihak lain. Saya hanya mengkritik pada perkara-perkara yang ada asasnya sahaja dan sehingga kini saya masih mengkagumi beberapa model Proton yang bagi saya berkualiti dan berbaloi untuk dimiliki.

Salah satu model kereta keluaran Proton yang membuatkan saya ingin memilikinya ialah Proton Persona. Sejak pengenalannya oleh Proton beberapa tahun lepas, bagi saya inilah salah satu produk keluaran Proton yang boleh dibanggakan. Sebelum itu saya kecewa dengan model Proton Gen2 yang mempunyai beberapa kelemahan ketara yang tidak dapat saya terima. Salah satu kelemahan Proton Gen2 ialah ruang kepala penumpang belakang yang terlalu sempit dan rendah. Saya bukannya seorang yang terlalu tinggi tetapi apabila berada di tempat duduk belakang sebuah Gen2, saya berasa amat tidak selesa. Saya tertanya-tanya bagaimanakah jurutera Proton mereka bentuk sebuah Gen2 tanpa memikirkan tentang kelemahan itu. Atau mungkin jurutera-jurutera Proton kesemuanya mempunyai ketinggian rendah-rendah belaka sehingga sewaktu ujian dijalankan mereka berasa begitu selesa berada di tempat duduk belakang sebuah prototype Gen2.

Proton Persona bukanlah sebuah model kereta yang sempurna tetapi dengan ruang dalaman yang ditawarkan dan kemasan dibahagian dalaman yang lebih menarik daripada Gen2, saya boleh memuji bahawa inilah produk yang mencapai standard seperti yang diharap-harapkan walaupun kualitinya masih belum setanding dengan kereta keluaran syarikat Jepun. Namun dengan harga yang berpatutan, Proton Persona boleh dikatakan sebuah kereta yang berkualiti dan memenuhi ciri-ciri sebuah kereta sedan yang menjadi keperluan sesebuah keluarga mahupun seseorang individu. Dan pada Mac 2010 yang lepas, Proton Persona Elegance dilancarkan oleh Proton. Proton Persona Elegance hanyalah sebuah model facelift daripada Proton Persona tetapi bagi saya inilah model Persona yang paling menawan. Dengan kemasan di bahagian dalaman dan luaran dipertingkatkan, Proton Persona Elegance menjadi pilihan yang menarik berbanding model lain keluaran Proton.

Proton Persona Elegance hadir dengan tiga varian berbeza iaitu Base Line (model asas), Medium Line (model pertengahan) dan High Line (model premium). Persona Elegance masih dikuasai oleh enjin Campro 1.6 liter dengan teknologi IAFM yang menjana kuasa 110bhp@6,500rpm dan tork sebanyak 148Nm@4,000rpm. Bagi model Base Line dan Medium Line, ianya dipadankan dengan pilihan kotak gear automatik 4 kelajuan dan kotak gear manual lima kelajuan. Bagi model High Line pula, hanyak kotak gear automatik 4 kelajuan sahaja yang ditawarkan. Enjin memang sama tetapi masih terdapat perubahan baru yang dilakukan Proton. ECU 16-bit sebelum ini telah digantikan dengan ECU 32-bit dan kesannya respon terhadap kuasa enjin menjadi lebih sensitif dan pemanduan menjadi lebih lancar.

Antara perbezaan ketara Proton Persona Elegance (kecuali model Base Line) berbanding model Persona sebelumnya ialah ianya tampil dengan bodykit yang baru. Gril hadapan ciptaan baru bersama-sama skirting dan sideskirt yang menarik menyerlahkan lagi keanggunan dan gaya Persona Elegance ini. Selain itu lampu belakang kini dipasangkan dengan rekabentuk yang berlainan dan disediakan bersama-sama lampu brek LED yang lebih cantik dan terang.  Salah satu penambahan pada Persona Elegance yang menarik perhatian ramai ialah cermin sisi di kiri dan kanan kini terdapat lampu signal untuk membelok. Cermin sisi dengan lampu signal tambahan tersebut menampakkan ciri mewah kepada Persona Elegance yang sebelumnya tiada pada kereta lain keluaran Proton. Model Medium Line dan High Line dipasangkan dengan sport rim baru yang kelihatan lebih menawan dan sporty.

Model High Line mempunyai balutan kusyen daripada kulit dan dilengkapi sistem cruise control, tambahan sistem navigasi GPS bagi model High Line dan Medium Line. Balutan kusyen model Medium Line dan Base Line diperbuat dari kain jenis fabrik yang baru. Sistem pemain audio kali ini dibekalkan unit single-DIN dari Blaupunkt dan mempunyai lubang kemasukan USB yang kini menjadi ciri-ciri wajib bagi sistem hiburan audio di dalam kereta. Menurut Proton, mereka juga menaik taraf sistem pengurangan bunyi bising (NVH) dengan penambahan material baru agar kualiti bunyi di dalam Persona Elegance ini menjadi lebih senyap, bukan saja untuk pemanduan yang lebih selesa, tetapi juga untuk mendapatkan kualiti bunyi sistem audio yang lebih berkualiti.

Bagi saya, yang paling menarik berkenaan Proton Persona Elegance ialah apabila bercakap mengenai harganya. Harga bagi model Persona versi sebelumnya dan versi facelift Elegance ini ditawarkan oleh Proton pada harga yang cukup berpatutan. Dengan harga terkini Persona Elegance antara RM46,499.00 sehingga RM59,499.00, anda akan mendapat sebuah kereta sedan yang menarik, mempunyai ruang penumpang yang selesa, bonet tempat simpanan barang yang luas, tahap pengawalan yang bagus dan cekap hasil talaan Lotus, serta enjin 1.6 liter yang berkuasa. Saya sendiri berasa agak hairan kenapa dengan pelbagai kelebihan dan ciri-ciri yang menarik bagi sebuah Persona, harga yang ditawarkan amat menarik. Model Base Line contohnya, enjinnya masih lagi Campro IAFM 1.6 liter tetapi harganya bagi saya berbaloi untuk dimiliki iaitu di bawah RM50k.

Antara model Perodua Myvi dan Proton Persona, saya memilih Proton Persona Elegance jika saya berpeluang membeli sebuah kereta baru. Walaupun Perodua Myvi lebih menjimatkan petrol berbanding Persona, bagi saya kelebihan-kelebihan lain Proton Persona seperti yang saya sebutkan tadi adalah lebih praktikal jika dibandingkan dengan sebuah Myvi. Ketika ini jualan Proton Persona sejak awal tahun adalah baik dan boleh dikatakan laris, tambahan pula dengan pengenalan Persona Elegance yang lebih bergaya ini. Jualan Proton Persona termasuk Persona Elegance yang dikira bermula Januari 2010 sehingga Jun 2010 ketika ini mencecah 21,958 unit, suatu angka yang membuktikan bahawa model Persona dari Proton diterima baik oleh rakyat Malaysia. Dengan kejayaan model Persona ini, tiada lain yang saya harapkan daripada Proton selain harapan agar Proton sentiasa menghasilkan model kereta baru yang mempunyai ciri-ciri dikehendaki oleh rakyat Malaysia. Proton Persona Elegance hasil ciptaan Proton seharusnya boleh menjadi rujukan kepada Proton tentang bagaimana mereka perlu membina sebuah kereta yang akan laris di pasaran.

Proton Persona Elegance boleh didapati dalam lima warna yang berlainan iaitu Chiffon Green, Bronze Garnet, Tranquility Black, Genetic Silver dan Brilliant Red. Sebelum ini saya pernah melihat Proton Persona berwarna putih, tidak diketahui pula kenapa Proton Persona Elegance tidak didatangkan dengan warna putih, kalau tidak pasti gaya sebuah Persona Elegance menjadi lebih eksekutif dan mewah.

Harga Proton Persona Elegance :

Base Line (M) RM46,499.00
Base Line (A) RM49,499.00
Medium Line (M) RM52,999.00
Medium Line (A) RM55,999.00
High Line (A) RM59,499.00