Proton Inspira 2.0 Premium 2012 LEBIH MENARIK !

Proton Inspira 2.0 Premium 2012 1 Proton Inspira 2.0 Premium terima peningkatan menarik

Baru-baru ini Proton Holdings Berhad telah memperkenalkan varian terbaharu Proton Inspira 2.0 Executive bagi menggantikan varian 1.8 CVT Executive. Susulan daripada pengenalan varian 2.0 Executive itu, varian 2.0 Premium turut menerima beberapa peningkatan menarik untuk tahun 2012.

Proton Inspira 2.0 Premium 3 Proton Inspira 2.0 Premium terima peningkatan menarik

Berdasarkan pemerhatian, Proton Inspira 2.0 Premium kini didatangkan dengan roda aloi dengan rekaan terbaru yang bagi saya lebih cantik berbanding yang sebelumnya. Turut ditambah ialah kamera undur di bahagian bampar belakang yang kini paparannya boleh dilihat pada unit skrin sesentuh yang menggantikan pemain CD biasa.

Proton Inspira 2.0 Premium 2012 2 Proton Inspira 2.0 Premium terima peningkatan menarik

Berkenaan kit badan, rasanya tiada perbezaan yang dilakukan, cuma warna baharu sedikit sebanyak memberikan pandangan visual lebih menarik dan memberi lebih pilihan kepada pelanggan. Di bawah berikut ialah senarai harga untuk Proton Inspira 2.0 Premium baharu;

  • Proton Inspira 2.0 (CVT) Premium (Solid) – RM92,450.00
  • Proton Inspira 2.0 (CVT) Premium (Metalik) – RM92,900.00

Leave a comment